Minggu, 29 Desember 2013

Miley Cyrus Jadi Pemalu Pula


ENTAH apa lagi permainan si gadis kontroversi, Miley Cyrus kali ini.
Terbaru, artis berusia 20 tahun itu dilihat meninggalkan hotel di London sambil menutup bahagian kepalanya dengan selimut serta menundukkan muka.
Perbuatannya itu mencetuskan beberapa laporan dengan tajuk yang kelihatan menyindir seperti, “Kenapa Begitu Malu Miley”?
Mana tidaknya. Aksi berani Miley Cyrus sewaktu persembahannya di Video Music Awards MTV (MTV VMA) dan juga dalam single terbarunya Wrecking Ball nyata berbeza dengan kelakuannya kali ini.
Namun, mungkin juga Miley sebenarnya tidak mahu kelibatnya disedari oleh peminat yang sudah sedia menunggunya di perkarangan hotel sebelum dia kembali semula ke Amerika Syarikat.
Miley sebelum ini berada di United Kingdom selama beberapa hari untuk promosi album Bangerz.
Setakat ini, video muzik Wrecking Ball sudah ditonton hampir 50 juta kali di laman YouTube.

Oleh: ELZA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar