Rabu, 18 Desember 2013

Dua Lelaki Maut Dalam Nahas Di Mentakab


KUANTAN – Dua lelaki maut selepas kenderaan masing-masing bertembung di Km138 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Mentakab malam tadi.

Mangsa yang maut ialah Gan An Peng, 47, dari Taman Meranti Indah, Bera dan Yip Lai Cheng, 53, dari Jalan Bukit Ubi di sini.

Pemangku Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata nahas jam 8.15 malam itu berlaku apabila jip yang dipandu Yip Lai dari arah Kuantan menuju Kuala Lumpur telah termasuk laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu Gan.

“Akibat itu kedua-dua mangsa cedera parah di kepala dan badan dan disahkan mati di Unit Kecemasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh semasa menerima rawatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal, Mohd Rabani S.M Fadzir, 19, turut terbunuh selepas terbabas di Km124.5 Lebuh Raya Pantai Timur dekat susur keluar tol Temerloh pagi tadi.

“Dalam nahas 8.30 pagi itu, mangsa yang berasal dari Kampung Sementa, Klang, Selangor mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dengan sendiri ke kiri jalan,” kata Zainalabidin. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar