Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan

Minggu, 23 Februari 2014

PKR dakwa ejen Umno BN tunjuk video seks palsu Anwar Nurul

Wartawan Sinar Harian
26 Mac 2013
 Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
PETALING JAYA - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan pihaknya beberapa hari lalu telah dipertontonkan video palsu seks dipercayai diaturkan oleh pihak tertentu yang mendakwa diri mereka ejen Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, video tersebut memaparkan watak yang menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala gambar statik pula seakan-akan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden parti itu.

"Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks.

"...Umno hari ini cuba menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan pemblog untuk mereka dan menyebarkan video palsu yang kononnya memaparkan salah laku seks pemimpin PKR," kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Lebih dua minggu lalu seorang pemblog yang dikaitkan dengan Umno menyebarkan siri gambar seakan-akan menunjukkan Anwar mengadakan hubungan intim dengan seorang lelaki.

Ekoran tindakan itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah mengemukakan saman ke atas pemblog berkenaan.

Katanya, sebelum beliau diajak menonton video terbabit, pihaknya telah dihubungi ejen terbabit yang mendakwa akan mendedahkan banyak lagi video membabitkan pemimpin PKR menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun katanya, video dan gambar yang didedahkan ejen Umno-BN kepadanya tiga hari lalu itu dipercayai ditinjauankan menggunakan teknik digital yang canggih sehingga menampakkan seakan-akan watak sebenar.

Selain itu, Saifuddin juga menerima kata-kata ugutan yang berbaur politik, yang dipercayai didalangi pemimpin tertinggi Umno-BN.

"Mereka juga (ejen Umno-BN) juga sampaikan ugutan terhadap pimpinan PKR.

"... ugutan itu bersifat politik untuk rosakkan imej politik kami," kata beliau.

Malah katanya, ejen terbabit tidak menyatakan untuk menyebarkan video dan gambar terbabit dalam masa terdekat kepada umum.

Ditanya sama ada hanya dua pemimpin itu sahaja yang menjadi mangsa spekulasi seks itu, beliau berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim antara sasaran selepas ini, yang akan menerima nasib yang sama.

"Mereka kata video seks Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembikinan," ujarnya sambil menyatakan imej video yang dirakamkan dalam video dan gambar itu tidak jelas dan agak kabur.
Read More..

Jumat, 31 Januari 2014

Video Lucu Ketika Obama Melihat Perempuan




Video satu ini sepertinya dibuat sebagai bantahan atas apa yang dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat Barrack Hussein Obama dan Presiden Perancis ketika itu Nicolas Sarkozy. Rakaman ini ditayangkan oleh stesyen televisyen Amerika Syarikat ABC News.

Pada 2009, muncul foto membuat heboh dunia ketika Obama dan Sarkozy melihat bokong seorang perempuan. Ketika itu keduanya sedang   menghadiri Pertemuan Kelompok G8 di LAquilla, Itali . Tiba-tiba ketika hendak turun dari tangga, Obama tampak seperti melirik punggung seorang wanita bergaun merah hati. Lucunya Nicolas Sarkozy pun ikut-ikutan melirik wanita itu. Mungkin lantaran penasaran.

Video itu diunggah di  Youtube pada pertengahan Julai 2009 oleh akaun fishoo815. Durasinya hanya 1 minit 6 detik.
  osseram
Read More..