Tampilkan postingan dengan label shahidan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label shahidan. Tampilkan semua postingan

Rabu, 13 Agustus 2014

Liga Premier Shahidan isytihar perang bebas bookie

Wartawan Sinar Harian
1 Januari 2013
Datuk Seri Shahidan Kassim
Datuk Seri Shahidan Kassim
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yakin pasukan negeri akan mampu melonjak pada kelompok terbaik pada saingan Liga Premier yang akan bermula minggu depan sekiranya bebas daripada gangguan bookie.

Beliau berkata, kehadiran bookie mencetus jenayah dalam sukan bola sepak dan Perlis yang masih dibayangi masalah rasuah bola sepak musim lalu akan berusaha membebaskan diri daripada gejala itu pada musim ini.

"Pemain tidak harus sembunyikan diri jika mereka didatangi bookie. Beritahu saya berapa yang bookie tawarkan, saya akan bayar lebih tinggi daripada bookie tapi pemain tu perlu direhatkan seketika daripada perlawanan," katanya.

Shahidan yang juga bekas Menteri Besar Perlis berkata, beliau yakin cara itu akan membolehkan beliau memerangkap bookie yang didakwanya telah menyebabkan Perlis kecundang pada musim lalu.

"Perlis boleh bermain cemerlang jika perlawanan bersih dan bebas daripada gangguan bookie," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas persiapan pasukan itu musim ini, di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan Perlis kini lebih bertenaga dan antara cita-cita utama ialah meletakkan Perlis sebagai juara Liga Premier musim ini.

Katanya, walaupun berada dalam kelompok Liga Premier namun pasukan itu perlu beraksi seperti berada dalam saingan Liga Super.

"Kami bayar gaji sama seperti pemain Liga Super dan semestinya mereka kena beraksi seperti pasukan dalam Liga Super," katanya.

Mengenai Stadium Utama Kangar yang sedang mengalami proses pembaikan, Shahidan berkata pihaknya mungkin akan berunding dengan pengurusan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menggunakan stadium pihak berkuasa itu.

Mengenai senarai pemain pasukan Perlis, Shahidan berkata pihaknya telah mendapatkan dua pemain import dari Ghana iaitu Antwi Dennis Agyare dan Okine Emmanuel Ayaah yang sebelum ini bermain dengan pasukan Kelantan.

Perlis turut dibarisi Mohd Zahid Mohamed, Suvinart a/l Shian, Syed Amir Syaffiq Syed Zainal Abidin, Hadi Syahmi Hamzah, Abdul Aliff Alias, Muhammad Atif Hanif, Muhd Nasri Ahmad Thauhid, Hizbullah Awang, Ahmad Faizal Sumar, Mohamad Afizuddin Ali, Mohd Afiq Akmal Zunaidi, Mohd Hanif Mohd Noor, Romdhizat Jamian, Syed Mohd Ghafar Syed Amir, Mohd Nurfirdaus Roswanan, Md Badrul Hisani Abd Rahman, Muhammad Hardi Ahmad, Farouk Hashim, Mohd Azrul Hafiz Mohd Amran, Ahmad Amizul Md Akhir, Muhd Shahruddin Ismail dan Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin. - Bernama
Read More..

Sabtu, 15 Februari 2014

Shahidan kritik FAM letak jawatan

sinarharian
1 Februari 2013
Datuk Seri Shahidan Kassim
Datuk Seri Shahidan Kassim
BEKAS Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim meletak jawatan dalam dua jawatankuasa kecil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas menerima surat pertuduhan daripada badan induk itu mendakwa beliau membuat kenyataan kepada media yang menyentuh kepimpinan FAM.

Beliau menerima surat itu hari ini, yang memintanya mengemukakan surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya.

Shahidan, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Perlis, berkata, beliau tidak akan menjawab surat itu, sebaliknya memutuskan untuk meletak jawatan sebagai anggota jawatankuasa kewangan dan anggota jawatankuasa bola sepak wanita FAM.

"Saya juga berhasrat untuk meletak jawatan sebagai Presiden PFA, tetapi buat masa ini, saya perlu menjadi penasihat kepada persatuan tersebut untuk membantu mencari wang bagi membayar gaji pemain dalam skuad negeri sekarang.

"Keputusan muktamad mengenai perkara ini (peletakan jawatan) akan diumumkan beberapa hari lagi," katanya pada sidang akhbar di Kangar, hari ini. -
Bernama
Read More..