Tampilkan postingan dengan label malam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label malam. Tampilkan semua postingan

Selasa, 24 Desember 2013

Lebih 4 juta solat terawih malam kedua di Rabaah






MESIR: Syeikh Umum Qurra Mesir, Dr.Ahmed Isa Masarawy mengimami solat terawih pada malam kedua bulan Ramadhan tidak kurang dari 4 juta umat Islam yang berhimpun sejak petang tadi di dataran Rabaah bagi meneruskan bantahan terhadap rampasan kuasa tentera.

Menjelang waktu berbuka puasa pada hari pertama Ramadhan hari ini, dianggarkan lebih 3 juta umat Islam membanjiri dataran Rabaah untuk menghadiri majlis berbuka puasa beramai-ramai.

Pentas utama dataran Rabaah mengumumkan bahawa ia mencatatkan rekod dunia menyaksikan majlis berbuka puasa paling ramai yang pernah diadakan. Para petugas terpaksa membahagi-bahagikan tempat mengikut wilayah dan terdapat tempat khusus bagi mereka yang datang bersama keluarga.

Adat bagi masyarakat Arab mereka akan berbuka puasa bersama keluarga pada hari pertama bulan Ramadhan. Walaupun begitu, dataran Rabaah tetap juga dibanjiri oleh rakyat dan adat mereka tahun ini telah berpindah ke Rabaah sebagai janji mereka untuk sama sekali tidak berganjak meninggalkan dataran walau apa jua keadaan sekalipun.

Kelihatan dua buah van yang sarat dengan daging kambing untuk dijamu kepada mereka yang hadir disedekahkan oleh seorang penyokong Mursi sementara penduduk tempatan dari kawasan Madinah Nasr pula mengagihkan bungkusan air jus buah-buahan kepada mereka yang berpuasa.

Pendakwah Islam, Dr.Sofwat Hijazi pula sempat menyampaikan tazkirah yang menghuraikan fadhilat bulan Ramadhan sebelum azan maghrib berkumandang. Sebelum itu, mereka yang hadir membaca "Mathurat" beramai-ramai.
Read More..

Kamis, 19 Desember 2013

Pasar malam Bangladesh

myMetro 19 Mac 2013

Melaka: Seorang pendatang asing tanpa izin warga Bangladesh menyorok hampir sejam dalam longkang berlumpur selepas tapak pasar malam digelar ‘Pasar Malam Bangladesh’ tempatnya berniaga diserbu Jabatan Imigresen, kelmarin.

Difahamkan ketika serbuan kira-kira jam 5 petang di pasar malam di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, lelaki berusia 36 tahun itu yang menjadi tauke sayur berkenaan leka melayan pelanggan.
Menurut sumber, selepas menyedari serbuan dilakukan, lelaki terbabit bertindak melarikan diri dengan menyorok di dalam longkang sedalam kira-kira 1.5 meter.

“Lelaki itu sanggup menyorok walaupun ketika serbuan hujan lebat sebelum dia ditemui selepas beberapa pegawai mengadakan pemeriksaan dalam longkang terletak kira-kira 100 meter dari tapak pasar malam,” katanya.
FotoSEBAHAGIAN pendatang asing yang ditahan dalam dua serbuan berasingan, kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen negeri Kamalludin Ismail berkata, lelaki itu antara 50 pendatang asing tanpa izin termasuk lima wanita berusia 19 hingga 42 tahun yang ditahan pihaknya dalam dua serbuan berasingan di pasar malam berkenaan dan di Melaka Sentral.
Read More..