Tampilkan postingan dengan label kaum. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kaum. Tampilkan semua postingan

Selasa, 18 Februari 2014

Kaum India Juga Perlukan Pemerkasaan Ekonomi


KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berharap kerajaan akan mengatur strategi untuk memperkasakan kehidupan kaum bukan bumiputera yang masih ketinggalan dalam sektor ekonomi.

Beliau berkata, kerajaan wajar menggariskan rancangan untuk memperkasa kaum tersebut yang masih ketinggalan status sosioekonomi mereka dan memerlukan perhatian wajar daripada kerajaan.

“Terdapat banyak kumpulan dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini yang juga masih memerlukan perhatian wajar daripada kerajaan.

“Kita tidak ada halangan terhadap usaha yang diambil kerajaan (memperkasa ekonomi Bumiputera), tapi pada masa sama saya mahu ingatkan kerajaan bahawa dalam setiap masyarakat ada golongan yang masih terpinggir khasnya kaum India,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mengenai lima strategi yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk memperkasakan ekonomi bumiputera.

Sehubungan itu, Subramaniam berharap rancangan besar-besaran seperti itu disediakan oleh kerajaan untuk kaum India bagi memastikan masyarakat India dapat membangun.
Read More..