Tampilkan postingan dengan label 13. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 13. Tampilkan semua postingan
Selasa, 31 Desember 2013
TNB Diarah Siap Sedia 13 Mac…Kenapa Pilihanraya
Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) seluruh negara semalam menerima arahan untuk bersiap-sedia dengan set generator tambahan pada 13 Mac depan.
Arahan itu dikeluarkan oleh ibu pejabat TNB yang berpusat di Kuala Lumpur.
Menurut sumber, arahan seumpama itu selalunya untuk perkara yang amat penting sahaja.
“Kalau dulu masa pilihan raya kami diarahkan untuk bersiap-sedia dengan set generator tambahan seperti sekarang,” kata sumber itu.
Jika tarikh yang dikatakan itu benar, maka kemungkinan besar pembubaran Parlimen akan dibuat hanya beberapa hari selepas sambutan Tahun Baru Cina.
Mengikut ramalan, Parlimen dijangka akan dibubarkan pada atau sebelum 21 Mac kerana pada tarikh itu Dewan Undangan Negeri Johor akan terbubar secara otomatik kerana cukup penggal lima tahun.
Label:
13,
diarah,
mac…kenapa,
pilihanraya,
sedia,
siap,
tnb
Kamis, 26 Desember 2013
Alfatihah Kepada Pejuang Kita 13 3 13

Al-Fatihah buat wira muda negara, Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkalan di Tawau yang gugur ketika bertempur dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, 7.45 pagi semalam. Foto kecil pula adalah Bapa arwah, Ismail Hussin, 55 yang menunjukkan SMS terakhir anaknya berbunyi "salam abah,ma doa la orng slmt...era". - Metro
Akhbar Metro hari ini juga memberitahu sepatutnya arwah berkahwin Februari lalu tetapi menundakan perkahwinannya kerana misi ke Lahad Datu. Amat menyayat hati. Moga Allah menempatkan kamu bersama golongan hambanya yang beriman. - Oh media!
P/S: Allahuakbar, sedih bila admin terdengar berita di MHI pagi ni apabila wira negara kita merupakan orang kelantan... Alfatihah kepada Ahmad Hurairah Ismail, dan doakan kesejahteraan serta keamanan Malaysia... Alfatihah - Berita Hangit
Langganan:
Postingan (Atom)